“Gila ke doktor ni?!” – Wanita Mati Terkejut Lepas Lahirkan Anak Sebab Doktor Tertarik Rahim Masa Nak Keluarkan Uri




Seorang wanita berusia 22 tahun mati lepas doktor tertarik rahim ketika nak keluarkan uri selepas dia melahirkan anak perempuannya. Howww Howww?!!!

Alisa Tepikina, dari Rusia menjerit kesakitan saat doktor wanita ini cuba untuk keluarkan uri tapi tertarik rahimnya yang terbalik. Allahuuu

Menurut Daily Mail, rahim Alisa dikeluarkan sepenuhnya menyebabkan wanita malang ini koma dan ‘mati terkejut’ dari serangan jantung.

Selepas menjalankan siasatan selama enam bulan, doktor berusia 27 tahun itu telah didakwa atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan kematian dan boleh didenda atau dipenjarakan.


Untuk mempertahankan tertuduh, ketua doktor hospital yang terlibat mengatakan tiada tindakan ganas yang dilakukan oleh doktor tersebut, tapi selepas membuat analisis secara mendalam, pakar perubatan menolak hujah tersebut. Gila, just because tak kasar nak lepas macam tu je ke?

Ketua doktor itu mendakwa, insiden tersebut berpunca dari rahim terbalik secara spontan – keadaan jarang berlaku di mana rahim terbalik selepas melahirkan anak. Biasanya, simptom ini akan menyebabkan pendarahan berlebihan, sakit perut, jisim dalam faraj dan tekanan darah rendah.

Untuk kes Alisa pula, pakar mengatakan sepatutnya uri dipisahkan secara manual oleh doktor selepas diberikan anestetik tapi disebabkan doktor tersebut cuba menarik urinya secara “gelojoh”, ia menyebabkan rahimnya terkeluar.

“Organ wanita yang dikeluarkan ini kemudiannya ditolak masuk semula bila dah terlambat.”

Rahim tersebut diletakkan semula 4 jam 15 minit lepas pendarahan berlebihan dan kejutan tak dapat dipulihkan terjadi beserta dengan kegagalan jantung.”

Kesalahan doktor ini telah memburukkan lagi keadaan hingga menyebabkan pesakit kehilagan banyak darah dan terkejut membawa kepada kematiannya.


Bayi perempuan yang dilahirkan Alisa kini akan dijaga oleh nenek dan atuknya.

Allahu, macam mana boleh cuai sampai macam tu. Ngilu rasa.


Source: lobakmerah.com

0 Response to "“Gila ke doktor ni?!” – Wanita Mati Terkejut Lepas Lahirkan Anak Sebab Doktor Tertarik Rahim Masa Nak Keluarkan Uri"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel