“Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020



Kalau kita sebut je pasal animasi Upin & Ipin mesti ramai yang dah familiar dengan dua orang kanak-kanak kembar yang tinggal di kampung bersama opah dan kakaknya.

Tahun ini animasi Upin & Ipin telah menayangkan filem yang bertajuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal pada bulan Mei yang lalu.

Filem ini telah mengisahkan pengembaraan masa oleh Upin & Ipin bersama-sama rakannya ke masa silam bagi menyelesaikan misi.

Dalam filem ini juga, turut diselitkan pelbagai latar cerita masyarakat Melayu yang terdiri daripada Batu Belah Batu Bertangkup, Mat Jenin, dan Raja Bersiong.


Turut membanggakan apabila filem ini berjaya mengutip kutipan sebanyak 25 juta ringgit dalam masa hanya tiga minggu tayangan sahaja.

Tapi ada lagi tau yang lebih membanggakan!
Baru-baru ini telah tular dimana filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dicalonkan dalam anugerah berprestij iaitu Oscar 2020. Haa? biar betul

Menurut laman Instagram upinipinofficial filem itu juga telah dicalonkan dengan 32 lagi filem animasi dari serata dunia. Antaranya, Frozen II, Toy Story 4, dan How to Train Your Dragon: The Hidden World. Betul, betul, betul.


Tak kurang dari itu, banyak ucapan tahniah daripada peminat animasi tak kira lah sama ada dari Malaysia atau pun dari Indonesia.

Alhamdulilah, min harap filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ni menang!


Source: https://lobakmerah.com/tahniah-world-class-filem-animas-tempatan-upin-ipin-tercalon-dalam-oscars-2020/

0 Response to "“Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel