“Ni sejenis cyber bully” – Akibat Dikecam Gara-gara Soalan SPM, Wanita Ini Nekad Untuk Tutup Akaun Instagram



Sijil Pelajaran Malaysia, atau lebih dikenali dengan singkatan SPM adalah satu peperiksaan terakhir peringkat kebangsaan yang wajib diduduki oleh setiap pelajar sebelum menamatkan zaman persekolahan.

Selepas selesai Kertas Bahasa Inggeris dalam SPM baru-baru ini, calon-calon SPM telah menyerang akaun Instagram Melissa yang kebetulan namanya digunakan dalam soalan mereka. Selepas dikecam teruk oleh calon-calon SPM out of nowhere, wanita tersebut nekad untuk menutup akaun Instagramnya buat sementara waktu. Kalau tak percaya, cuba korang tengok tweet yang dikongsi oleh @Idlxerq kat bawah ni.


Sejenis cyber bully

Admin rasa perkara macam ni tak sepatutnya berlaku. Mana tidaknya, orang yang tak tahu apa-apa pun diserang tak tentu pasal. Dah lah orang tu sekadar buat hobi dia je, takde lagi kes dia terjatuh atau kemalangan kan. Semua ni secara kebetulan je.



Sepatutnya macam ni lah. Kalau soalan susah, kita just luahkan rasa tu antara kita je. Tak perlu reach out sampai ke orang lain. Dah lah orang tu tiba-tiba je kena. Pastu dia pun bukan orang tempatan. Aduh.



Betul, mana ada orang nak pegi serang orang yang tak tahu apa-apa hanya sebab soalan tu susah dan tak boleh jawab. Apa-apa pun kita kena chill je. Jangan libatkan orang luar.



Soalan-soalan SPM ni hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Soalan admin sekarang ni, sapa yang ‘terlebih pandai’ dan ‘rajin’ sangat pegi search nama Melissa kat Instagram. Apa-apa pun admin harap benda ni tak berpanjangan.

Source: https://lobakmerah.com/ni-sejenis-cyber-bully-akibat-dikecam-gara-gara-soalan-spm-wanita-ini-nekad-tutup-akaun-instagram/

0 Response to "“Ni sejenis cyber bully” – Akibat Dikecam Gara-gara Soalan SPM, Wanita Ini Nekad Untuk Tutup Akaun Instagram"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel